Salam.
PROGRAM MASTER KUNDALINI REIKI
Apa itu Reiki?
Reiki berasal daripada bahasa Jepun,REI ertinya alam semesta dan KI ertinya energi/tenaga. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan traditional dengan telapak tangan iaitu dengan meletakkan tangan ke atas bahagian tubuh yang sakit sama ada dengan menyentuhnya ataupun tidak. Dengan itu tenaga yang diserap dari alam semesta dapat disalurkan kepada bahagian tubuh pesakit.
KUNDALINI REIKI
Kundalini reiki merupakan salah satu cabang reiki yang berakar umbi daripada Usui Reiki (Reiki yang asal). Ianya lebih mudah, tanpa penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan. Reiki kundalini bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi. Cakra akar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujung tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga reiki kundalini. Selepas proses pengaktifan dilakukan tenaga akan mengalir keseluruhan tubuh melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terletak dibahagian atas kepala. Saluran tenaga ini bergerak dari cakra akar ke cakra mahkota. Kundalini terbuka bermakna,selepas suatu masa yang tertentu,pemerosesan pembersihan cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan. Ianya bererti segenap bahagian-bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.
Kundalini Reiki dapat dikuasai setelah penyelarasan / attunement yang mudah, hanya memerlukan masa lebih kurang 25 minit untuk proses attunement. Kundalini Reiki mempunyai 9 tingkatan / level secara keseluruhannya. Iaitu KR1, KR2, KR3 (Master), KR Booster 1, KR Booster 2, KR Booster 3, KR Booster 4, KR Booster 5, dan KR Booster 6. Keterangan ringkas Kundalini Reiki adalah seperti berikut:
KUNDALINI REIKI LEVEL 1-KR1
KUNDALINI REIKI LEVEL 1-KR1
Dalam penyelarasan aturan kundalini reiki 1 (KR1) – kesemua simpulan dan sekatan dalam cakra-cakra disingkirkan (melainkan cakra akar). Saluran utama tenaga, dari cakra mahkota ke cakra akar dibersihkan sebagai penyediaan untuk pembangkitan Kundalini Reiki yang anda akan alami dalam pengaktifan Kundalini Reiki peringkat 2 (KR2). Dimana cakra hati menjadi bertambah besar dan saluran tenaga dari tangan ke cakra mahkota dibuka supaya reiki boleh mengalir,sebaik-baik sahaja berlaku proses pengaktifan. Kundalini Reiki 1 (KR1) adalah bersamaan attunement USHUI REIKI 1,2,3.
KUNDALINI REIKI LEVEL2-KR2
Dalam Kundalini Reiki peringkat 2, kesemua cakra-cakra utama dan saluran-saluran tenaga akan kosong dan terbuka. Mula berlaku pembangkitan kundalini, penaikan Api kundalini minima ke cakra pusar (solar plexus Chakra). Bersedia untuk pembangkitan penuh kundalini pada peringkat KR3. Di peringkat ini anda juga akan diajar meditasi khusus Kundalini Reiki yang dapat menaikkan api/energi kundalini dalam masa yang singkat. Melalui meditasi ini juga jalur-jalur energi / cakra dapat dibersihkan.
Berikut adalah kemampuan penyembuhan yang dapat anda kuasai serta merta selepas attunement KR1 :
HEALING (penyembuhan)
- Setelah anda menerima pengaktifan Kundalini Reiki – KR1, maka serta-merta anda telah mampu melakukan proses penyembuhan diri sendiri mahupun orang lain dari jarak dekat mahupun jauh.
CLEANSING ROOM / HOUSE (PEMBERSIHAN UNSUR NEGATIF DALAM RUMAH / TEMPAT.)
- Kaedah Kundalini Reiki juga boleh dimenafaatkan untuk menutralkan unsur-unsur negatif dalam kediaman dan ianya juga boleh dilakukan dari jarak jauh mahupun dekat.
HEALING THE CARMIC BAND (PENYEMBUHAN HUBUNGAN KARMA)
- Untuk memperbaiki hubungan seseorang dengan lainnya. Hubungan rumahtangga, jiran dll.
SITUATION / QUALITIES HEALING (PENYEMBUHAN SITUASI/KUALITI)
- Untuk menyembuh / memperbaiki sesuatu situasi atau kualiti sesuatu peribadi/watak/ sifat buruk manusia. Seperti ketidakstabilan emosi. Contohnya perasaan cemburu yang keterlaluan, lemah semangat, malas,kecewa dan putusasa, gelisah, bimbang,risau tidak menentu, ketidakyakinan diri,kesedihan, kemarahan, dan sebagainya.
KUNDALINI REIKI LEVEL 3 (KR3 - MASTER)
Inilah level terakhir dalam pengaktifan Kundalini Reiki,dan dari level ini anda sudah mencapai level master dan boleh mengajarkannya kepada orang lain. Anda boleh memberi attunement walaupun anda sedang tidur!! Dan anda akan memperolehi lagi beberapa penyelarasan tambahan seperti dibawah.
DIAMOND REIKI (REIKI BERLIAN)
- Apabila menggunakan teknik ini, maka sebuah kristal (berlian) eterik akan berada di chakra mahkota praktisi, dan memperkuatkan kualiti penyaluran Reiki praktisi.
CRYSTALLINE REIKI (REIKI KRISTAL)
- Dikeseluruhan tubuh kita terdapat jumlah kecil kristal yang tertentu,ini adalah jalan keluar bagi trauma yang telah kita alami sepanjang hidup. Setiap kali kita gagal untuk menyelesaikan sesuatu trauma,sebutir kristal akan terbentuk. Trauma ini contohnya adalah seperti tangan yang patah,terseliuh,kesedihan dan sebagainya. Jika umpamanya seseorang itu terpatah tangan sebutir kristal terbentuk untuk menjadi memori dari kesakitan dan perasaan dari trauma itu. Melalui kaedah pengaliran reiki kristal ini boleh dicair dan disembuhkan.
DNA REIKI (REIKI DNA)
- Menguatkan keupayaan untuk menyembuhkan / memperbaiki kualiti DNA. Contohnya penyakit keturunan seperti Asma dan dll.
BIRTH TRAUMA REIKI (REIKI TRAUMA KELAHIRAN)
- Salah satu bentuk trauma adalah trauma akibat proses kelahiran. Ini mungkin terjadi akibat proses kelahiran yang sulit seperti bayi songsang, tak cukup bulan, tali pusat terbelit dan sebagainya. Kesan daripada kejadian tersebut mungkin mengakibatkan seseorang tersebut mengalami trauma seperti takut dalam kegelapan atau sesuatu dan sebagainya. Trauma ini dapat dihilangkan secara perlahan dengan teknik ini.
LOCATION REIKI (REIKI LOKASI)
- Teknik ini digunakan untuk menyelaraskan “Carmic Band” antara manusia dengan suatu tempat yang penuh energi negatif yang boleh menggangu kesihatan manusia. Oleh itu teknik location reiki digunakan untuk meneutralkan energi negatif tersebut.
BALANCE REIKI (PPENYEIMBANGAN REIKI)- Teknik ini digunakan untuk menyeimbang seluruh sistem energi tubuh .
KR BOOSTER 1 – KR BOOSTER 6 ( Level 4 - 9)
- Selepas menerima attunement KR1, KR2 dan KR3, energi Reiki anda boleh dipertingkatkan melalui beberapa siri attunement tambahan yang dikenali sebagai “Booster”. Dimana saluran energi akan diperlebarkan dan diperkuatkan sehingga 100%.
KELEBIHAN DAN MANFAAT KUNDALINI REIKI | |
membuat seseorang lebih tenang, damai dan lebih dekat kepada Allah S.W.T | |
khusus membuka gulungan kundalini dan membangkitkan api kundalini | |
Attunement jarak jauh yang mudah dan murah | |
tanpa penggunaan simbol, warna dan visualisasi yang merumitkan | |
membantu berdoa dan bertafakur dengan lebih tenang. | |
menyembuhkan berbagai jenis penyakit yang berpunca daripada fizikal , mental mahupun emosi. | |
menghilangkan kebiasaan-kebiasaan negatif / sifat negatif | |
melindungi diri daripada pelbagai hal-hal negatif | |
Menghilangkan stress dan membuat lebih santai hingga memudahkan pemusatan fikiran dan meningkatkan produktiviti dan kualiti pekerjaan. | |
Membantu latihan teknik tenaga dalam / pernafasan lainnya | |
menghaluskan kulit wajah | |
membantu meningkatkan kesedaran spiritual |